ARTIKEL

Dewan Negara | BERNAMA

Kerajaan disaran laksana persempadanan semula kawasan Parlimen di Sabah, Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan melakukan persempadanan semula kawasan Parlimen di Sabah dan Sarawak bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dan agenda pembangunan di kedua-dua negeri itu dapat dipertingkatkan.

Senator Pele Peter Tinggom berkata perkara itu penting kerana ia mampu menggalakkan pembangunan infrastruktur di lokaliti berkenaan melalui peruntukan yang diberikan kepada kawasan Parlimen, sekali gus melancarkan proses pentadbiran.

“Bayangkan kawasan Parlimen di bawah Ahli Parlimen, Datuk Anyi Ngau, iaitu P220 Baram, ia seluas negeri Pahang. 

“Begitu juga bagi kawasan Parlimen di bawah Ahli Parlimen, Datuk Wilson Ugak Kumbong, iaitu P216 Hulu Rajang yang seakan-akan sama besar negeri Pahang.

“Sekiranya kawasan Parlimen seperti ini termasuk kawasan-kawasan lain dipecah (kawasan) dan ditambah (kerusi Parlimen), pembangunan infrastruktur dan ekonomi yang dirancang akan sampai ke pintu rakyat secara terus malah lebih cepat berbanding kedudukan pada masa kini,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

Menurut Pele, persempadanan itu perlu dilaksanakan segera khususnya apabila Kerajaan Perpaduan yang ada hari ini disokong oleh Sabah dan Sarawak dengan majoriti dua pertiga kerusi di Dewan Rakyat.

Baca lain  Ahli Parlimen Sri Aman cadang laksana semula GST

“Ini adalah bagi memperbetulkan apa yang patut bagi kemakmuran seimbang seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

BERITA LAIN

GIATMARA Spaoh terima pelajar pertama Januari 2025

KUCHING: Pusat GIATMARA di Spaoh bakal menerima kemasukan pelajar pertamanya menjelang Januari 2025, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Menurutnya, pengambilan ini

BERITA TERBARU

Maul Lang puh nyapai juluk nyadi pemerindang

SYLVESTER RIANGsuarasarawak.news@gmail.com GENAP iku kitai bela ngembuan minat enggau juluk kediri empu ba sesebengkah pengawa tang ukai reti semua juluk nya ulih dikeamat baka ti