ARTIKEL

Kerajaan GPS tidak bercakap kosong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Masalah rakyat tetap menjadi keutamaan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di samping terus mengambil langkah proaktif bagi memastikannya dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.

ADUN N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, usaha tidak sekadar itu apabila kerajaan turut menyediakan projek berimpak tinggi bagi kemudahan dan manfaat rakyat dalam tempoh jangka panjang.

Kerajaan GPS katanya, tidak bercakap kosong sebaliknya menunaikan janjinya mengikut kemampuan demi kepentingan rakyat.

“Antara projek tersebut ialah pembinaan Jalan Sarikei-Tanjung Manis, projek Taman Agro, pembinaan Kompleks Pentadbiran Negeri, Pusat Pengumpulan, Pelebelan dan Pemprosesan (CPPC) Sarikei dan lain–lain lagi.

“Semua projek yang dilaksanakan ini mempunyai manfaat yang sangat besar dan sudah lama ditunggu oleh rakyat di kawasan Sarikei,” katanya pada Majlis Makan Malam Sempena Kuih Bulan di Dewan Sentral di sini, baru-baru ini.

Meriah … Huang bersama rakyat ketika hadir pada sambutan Kuih Bulan
di Dewan Sentral Sarikei.

Beliau berkata, rakyat Sarikei khususnya di DUN Repok bertuah kerana dipimpin seorang Ketua Menteri yang berpandangan jauh dan prihatin dengan keperluan mereka.

Sehubungan itu, sebagai anak jati yang mewakili rakyat Sarikei, Huang turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan Abang Jo.

“Baru-baru ini, Ketua Menteri juga mempunyai perancangan untuk memperkasakan peranan bahagian Sarikei sebagai pengeluar makanan Sarawak. Usaha itu disusuli dengan menaiktaraf prasarana berkaitan seperti jalan raya bagi memudahkan penduduk memasar dan mengeluarkan hasil pertanian.

“Bagi saya, ini langkah amat baik yang mampu memberikan kesan positif terhadap sosio- ekonomi rakyat dalam tempoh jangka panjang,” katanya.

Dalam pada itu, Huang memberi jaminan akan terus memberi tumpuan terhadap usaha menaiktaraf prasarana pendidikan bagi memastikan keselesaan generasi muda di DUN Repok menimba ilmu.

“Ketika ini saya memberi fokus untuk menyediakan keperluan asas yang amat diperlukan rakyat seperti kemudahan jalan raya, bekalan air bersih, bekalan elektrik, sistem telekomunikasi yang lancar selain menaiktaraf infrastruktur pendidikan.

“Justeru, saya amat memerlukan sokongan padu daripada segenap lapisan masyarakat agar setiap perancangan kita dapat direalisasikan,” katanya.

Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 1,000 penduduk sekitar Sarikei.

Huang (tiga kanan) bersama penyokongnya.

 

Program dimeriahkan dengan persembahan pentas hiburan

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Pilih makanan halal, berkhasiat

SOALAN: Adakah Islam mengajar umatnya supaya sentiasa memilih makanan berkhasiat? JAWAPAN: Ya, Islam mengajar umatnya supaya memilih makanan yang halal, baik dan berkhasiat demi menjaga

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan