ARTIKEL

Kerajaan Indonesia cadang pembinaan ICQS antara Sematan dan Pulau Serasan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Indonesia mencadangkan untuk membina Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) antara Sematan dan Pulau Serasan, Indonesia bagi memperkuatkan sempadan, perdagangan dan pelancongan.

Demikian cadangan dikemukakan Gubernur Kepulauan Riau (Kepri) Ansar Ahmad kepada Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada pertemuan yang berlangsung pagi tadi di Wisma Sumber Alam, di sini. 

Katanya Kepulauan Riau (Kepri) merupakan wilayah pentadbiran yang sangat luas, berhampiran dengan seluruh negara-negara ASEAN, termasuk Pulau Serasan yang berdekatan dengan Sarawak.

Justeru ujarnya, Kerajaan Indonesia sedang menjalankan usaha merancang kawasan perbatasan ini (Sematan-Serasan) ekoran baru-baru ini mereka telah membina pos lintas sempadan (di Serasan) bernilai hampir RM50 juta dengan semua kemudahan dan sokongan yang diperlukan telah disiapkan.

“Kita bina kerana masyarakat di Pulau Serasan, daerah kecil tersebut diduduki hampir 10,000 penduduk, yang sudah lama menjalankan aktiviti perdagangan dan ekonomi dengan Sarawak, terutamanya di Sematan.

“Bagaimanapun, selama ini, aktiviti ini tidak diurus secara rasmi dan sah dari segi undang-undang…diharapkan hubungan perdagangan dan ekonomi antara Pulau Serasan dan Sarawak akan menjadi lebih teratur dan berkembang dengan baik dengan cadangan untuk membina ICQS ini nanti,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui Suara Sarawak selepas menghadiri pertemuan di Konsul Jenderal Republik Indonesia, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau juga mendedahkan rancangan untuk membina ICQS ini ini juga akan mendorong nelayan dan petani setempat untuk meningkatkan hasil laut mereka dan menghantarnya ke Sematan.

Selain aspek ekonomi, beliau juga berharap untuk  mengembangkan potensi pelancongan di wilayah Kepulauan Riau. 

“Pulau Serasan, yang memiliki alam yang indah, akan didorong untuk menjadi tujuan pelancongan yang menarik dengan program inap desa dan berbagai kegiatan pelancongan.

“Pertemuan ini disambut baik oleh pihak Sarawak, dan lebih banyak pembicaraan intensif diharapkan untuk menggerakkan rancangan ini ke tahap berikutnya,” ujarnya. 

Hadir sama, Konsul Jenderal Republik Indonesia Di Kuching, Raden Sigit Witjaksono.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim