ARTIKEL

Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu – Gobin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata, buat masa ini, terdapat beberapa syarat terdahulu yang perlu dipenuhi oleh DNB.

“Syarat terakhir ialah membentuk Lembaga Pengarah. Jadi, pagi tadi mereka (DNB) telah mengeluarkan kenyataan, Lembaga Pengarah telah dilantik.

“Sebaik sahaja perkara itu berlaku, Lembaga Pengarah terbabit perlu meneliti kaedah penilaian yang sepatutnya siap tidak lama lagi.

“Selepas itu, mereka memulakan langkah dan saya harap mereka bergerak ke hadapan dengan pantas kerana amat penting bagi kami untuk memastikan bahawa kami boleh memberi tumpuan kepada pelancaran 5G,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Connected Industries Day: Transforming Manufacturing With 5G And AI di sini hari ini.

Beliau berkata, DNB ialah pengendali tunggal rangkaian 5G buat masa ini namun usaha kerajaan ke arah mencapai dwirangkaian masih kekal. 

Beliau juga berkata adalah menjadi dasar dan komitmen kerajaan untuk memiliki dwirangkaian.

Terdahulu, DNB melantik lima Ahli Lembaga Pengarah baharu yang terdiri daripada pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi, berkuat kuasa semalam.
Gobind turut mengambil maklum bahawa DNB telah berjaya membina infrastruktur 5G di seluruh negara dengan liputan 80.5 peratus kawasan berpenduduk pada akhir Mac 2024 dengan lebih 11.2 juta pelanggan pada akhir Februari lepas.

Beliau berkata DNB bersama-sama pengendali mudah alih juga telah mengawasi penggunaan beberapa rangkaian persendirian 5G termasuk dalam sektor minyak dan gas.

Justeru itu, Gobind menggesa sektor perkilangan di negara ini untuk melabur dengan pantas dalam mengguna pakai 5G dan terknologi termaju seperti robot perindustrian serta automasi dalam operasi mereka agar kekal relevan.
– Bernama

BERITA LAIN

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.