ARTIKEL

Sebastian (empat kanan) dan Datuk Bandar Miri, Adam Yii ((lima kanan) bersama kakitangan MBM selepas merasmikan papan tanda tapak Pesta Bubuk di sini hari ini.

Kerajaan komited angkat bandar raya Miri di persada dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Kerajaan Sarawak melalui Majlis Bandaraya Miri (MBM) komited dalam usaha untuk mempromosikan bandar raya ini di mata dunia.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata hasrat itu mampu direalisasikan melalui penganjuran pelbagai festival di sini bagi menarik minat orang ramai untuk berkunjung.

“Miri bukan sahaja kaya dengan flora dan fauna, tetapi juga dengan kepelbagaian etnik, festival muzik, kebudayaan, makanan, sukan, dan pelancongan kesihatan.

“Ramai orang datang berkunjung ke Miri terutamanya rakyat Brunei bagi mengunjungi festival yang dianjurkan khususnya Pesta Bubuk kerana mereka tidak dapat menemuinya di negara mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalannya, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, sempena majlis perasmian Pesta Bubuk Miri 2024 di Tamu Batu 1 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, Kerajaan Sarawak juga yakin bahawa matlamatnya bagi menarik lebih kurang empat juta pelancong ke Sarawak pada tahun ini akan dapat dicapai.

Baca lain  Bomba bersihkan tumpahan minyak diesel di Jalan Kulas

“Dengan pengambilalihan MASwings Sdn Bhd oleh Kerajaan Sarawak, serta naik taraf infrastruktur dan kemudahan di pusat tarikan pelancong, ia akan memberi keselesaan kepada pelancong.

“Selain itu, pembinaan lebuh raya Pan Borneo, serta penglibatan daripada sektor swasta juga diyakini akan membantu para pengunjung untuk meneroka Sarawak termasuk Miri dengan lebih lancar,” jelasnya.

Di samping itu katanya, langkah dan strategi yang lebih berani juga perlu diambil bagi mempromosikan bandar raya ini di peringkat antarabangsa sebagai persiapan bagi Tahun Melawat Malaysia 2026.

Tambahnya, dengan menumpukan kepada ekopelancongan serta mengutamakan pembangunan infrastruktur yang mampan, ia dapat mengimbangi pertumbuhan pelancongan dan keindahan semula jadi serta meminimumkan kesan alam sekitar di negeri ini.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,