HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Kerajaan komited selesai isu projek perumahan Sentoria

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Michael Tiang

KUCHING: Borneo Housing Mortgage Finance Berhad (BHMFB) dan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) telah memberikan kelonggaran tertentu kepada syarat-syarat pinjaman bayaran balik pembeli perumahan Sentoria di Petra Jaya.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Tempatan Kerajaan Michael Tiang berkata,antara yang ditawarkan adalah tiga jenis bantuan kewangan kepada pembeli rumah yang terjejas.

Michael Tiang

“LPPSA menawarkan penjadualan semula ansuran bulanan untuk projek bermasalah dengan kemajuan 80 peratus daripada jadual penyiapan.

“Selain itu, pembatalan pinjaman untuk projek terbengkalai, bermasalah dan sakit. Manakala moratorium untuk kemajuan projek semasa di bawah 80 peratus daripada siap,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu katanya, BHMFB dan Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak (SFS) masih mempertimbangkan langkah-langkah tertentu untuk menangani beberapa perkara berkenaan pinjaman.

“Di samping itu, BHMFB dan SFS telah memberikan dua moratorium selama enam bulan masing-masing pada tahun 2020 dan 2021 untuk pembeli rumah yang terjejas,” ujarnya.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak melalui kementeriannya terus komited menyelesaikan masalah tersebut dan telah menjalankan beberapa siri penglibatan dengan Sentoria Borneo Land Sdn. Bhd. (SBLSB), pemaju untuk projek Borneo Samariang Resort City (BSRC) itu bagi mengetengahkan isu bantuan kewangan pembeli rumah penjawat awam yang terjejas.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Cabaran berniaga kek

KUCHING: Minat membuat kek dan berkeinginan untuk membuka perniagaan sendiri

Inflasi kekal tinggi

KUALA LUMPUR: Meskipun trend pertumbuhan dijangka sederhana, inflasi keseluruhan diunjurkan

Proton umum X90

SUBANG JAYA: Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd (Proton) mengumumkan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru