ARTIKEL

Kerajaan Madani hargai peranan pekerja bangunkan ekonomi, negara – PM Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI terus menghargai serta mengiktiraf setiap peranan dimainkan pekerja dalam menjadi penggerak utama kepada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara.

Beliau berkata Malaysia meraikan Hari Pekerja hari ini bukan sebagai agenda pesta tahunan, tetapi untuk mengiktiraf setiap peranan pekerja bermula daripada peringkat rendah hingga ke pihak pengurusan.

“Saya harap Hari Pekerja pada tahun ini akan memberikan rangsangan supaya pengiktirafan itu dari segi ganjaran, rasa hormat dan rasa ihsan kepada pekerja itu dapat kita tingkatkan,” katanya menerusi video yang dimuat naik dalam Facebook beliau hari ini.

Beliau mewakili Kerajaan MADANI turut mengucapkan terima kasih atas usaha dan kerja kuat yang ditunjukkan pekerja selama ini.

Sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan dengan tema ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.
Bernama

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)