ARTIKEL

PENYELIDIKAN... Dr Zambry Abdul Kadir sekitar lawatan ke Kolej Universiti i-CATS di sini, hari ini.

Kerajaan mana-mana negeri berhak laksanakan dasar pendidikan tinggi percuma

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak mempunyai hak untuk melaksanakan dasar pendidikan tinggi percuma mengikut kemampuan negeri.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata mana-mana kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk melaksanakan dasar sedemikian bagi membantu anak-anak tempatan mendapat akses pendidikan tinggi.

“Memberikan pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak tempatan adalah langkah yang dibuat oleh kerajaan negeri itu sendiri.

“Seperti negeri-negeri lain yang ada dasar pendidikan tersendiri dalam membantu para pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seperti universiti atau kolej.

“Jadi itu adalah hak negeri masing-masing kerana mereka mempunyai kemampuan untuk membantu anak-anak jati mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melawat Kolej Universiti i-CATS di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai inisiatif Kerajaan Sarawak di bawah Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung pendidikan percuma di IPT milik kerajaan negeri untuk anak jati Bumi Kenyalang yang dijangka dilaksanakan pada 2026.

BERITA LAIN

Lelaki ditemui mati di Kampung Tunku

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati di Kampung Tunku, Jalan Astana, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, polis menerima laporan

Percepat naik taraf klinik kesihatan, sekolah daif

KUCHING: Perbincangan antara Kerajaan Sarawak dengan Putrajaya berkaitan isu pendidikan dan kesihatan di Sarawak belum lagi selesai dan muktamad, namun beberapa perkara sudah diselesaikan. Premier

LEMANG WARISAN

Reduan Ahmad mengambil masa 48 jam, dua hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk membakar lebih 4,000 batang lemang pesanan pelanggan tetapnya. Resipi penghasilan lemang

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36