ARTIKEL

Anwar (tengah) melakukan acara simbolik pelancaran Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di Kuching, hari ini sambil disaksikan oleh Abang Johari (dua kiri), Fahmi (dua kanan), Abdullah (kanan) dan Chun Wai (kiri). - Foto: Ramidi Subari

Kerajaan menentang keras sentimen perkauman, fanatik agama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan teguh menentang keras sentimen perkauman dan fanatik agama yang mempergunakan kebebasan media kerana ia akan menghancurkan keharmonian dan perpaduan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, meskipun menjunjung prinsip kebebasan media namun ruang itu perlu ada batasan daripada digunakan bagi memecahbelahkan dan menanam bibit permusuhan antara kaum dan agama yang akan meruntuhkan sendi negara.

“Jika anda membenarkan perkauman berkembang dan ketaksuban pegangan agama menjadi bebas di negara ini, maka akan berlaku perbalahan kaum dan ketidakharmonian agama.

“Pada saya, untuk menyelamatkan negara ini, melindungi hak majoriti dan hak minoriti adalah penting daripada mendapat pengiktirafan antarabangsa yang tinggi,” katanya berucap pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di sini, hari ini.

Turut hadir Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, Timbalan Menteri di Pejabat Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, dan Pengerusi BERNAMA, Datuk Seri Wong Chun Wai.

Justeru, beliau menyokong pandangan Abang Johari agar kod etika media diwujudkan, dengan menyifatkannya sebagai tepat dan amat diperlukan kerana kod itu tidak akan mengiktiraf sama ada seseorang itu adalah pihak berkuasa atau hartawan untuk mengawal kebebasan media.

Anwar berkata semua pihak bebas menggunakan platform media untuk menjelaskan sesuatu tetapi tidak untuk mencetuskan kebencian.

Justeru, beliau menegaskan tidak akan membenarkan sentimen-sentimen yang mencetuskan kebencian, meskipun ia melibatkan sesuatu yang berkaitan dengan Islam.

“Adakah anda menerima fatwa seorang pentaksub agama yang kononnya ulama dari parti Islam, dengan mengatakan anda dilarang secara agama untuk menyokong mana-mana wakil daripada bukan Islam, bermakna mereka tidak boleh dipilih ke dalam sesebuah jawatan?

“Sudah tentu tidak boleh, anda akan memusnahkan negara. Kita tidak akan bertolak ansur kerana ia akan memecahkan asas negara,” katanya.

Menyentuh tentang isu 3R, iaitu agama, kaum dan raja, Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan membenarkan sama sekali perkara yang merosakkan, memecahbelahkan, menghasut serta menghina agama dan kaum.

“Jadi, jangan gunakan hujah seolah-olah 3R tidak boleh disentuh sama sekali, tidak benar. Saya ingin jelaskan, sementara kebebasan itu diberi, batasannya harus ada agar tidak dipergunakan untuk meruntuhkan sendi negara.

“Sebab itulah kita mempunyai tugas dan tekad politik untuk menyatakan batas yang diperlukan meskipun ia mungkin tidak disenangi oleh sesetengah pihak, terutama di barat,” katanya.

BERITA LAIN

Kapit berpotensi pengeluar utama koko

KOTA SAMARAHAN: Bahagian Kapit mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai salah satu kawasan pengeluar utama koko di Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam

Dua saspek curi motosikal berjaya dicekup

MIRI: Seorang lelaki tempatan dan warganegara Indonesia yang terlibat dalam kes curi motosikal berjaya ditangkap oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)

Tujuh lelaki ditangkap terlibat sabung ayam

MIRI: Tujuh lelaki berjaya ditangkap dalam serbuan sabung ayam di kawasan Kampung Bersatu, di sini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga

BERITA TERBARU

Malaysia kekal pertahan hak Palestin – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Malaysia kekal mempertahankan hak rakyat Palestin. Beliau berkata pendirian itu turut dinyatakan