ARTIKEL

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

Kerajaan minta penjelasan Google berhubung data kadar pertukaran ringgit tidak tepat – Fahmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan meminta penjelasan daripada pihak Google berhubung data tidak tepat kadar pertukaran ringgit berbanding US$1 mencecah RM4.98 yang diterbitkan enjin carian itu semalam memandangkan kesilapan seperti itu bukan kali pertama berlaku.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, dan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour, telah menghubungi pihak Google mengenai perkara itu.

Katanya, paparan data tidak tepat yang tular di media sosial itu adalah satu petanda tidak baik yang menimbulkan kegusaran dan salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Kita tahu dan faham Google menjadi salah satu rujukan bagi rakyat Malaysia, maka kita harap penjelasan itu dapat disampaikan juga kepada rakyat,” katanya kepada pemberita pada Program Teh Hijau Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Fahmi berkata ketika kerajaan sedang berusaha memacu pertumbuhan semula ekonomi negara dengan keyakinan yang ditunjukkan kepada pelabur, perkara asas seperti itu tidak seharusnya berlaku.

“Ia seharusnya tidak berlaku, ia tidak boleh berlaku, dan kita tidak akan benarkan ia berulang,” tegas Fahmi.

Baca lain  Penjawat awam terima gaji pada 14 April

Beliau turut berterima kasih kepada BNM atas penjelasan pantas yang diberikan berhubung data tidak tepat itu hari ini.

BNM dalam kenyataannya hari ini dengan tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran US$/MYR yang diterbitkan oleh Google.

Bank pusat itu menjelaskan pada Jumaat (15 Mac 2024) kadar pertukaran US$/MYR berada pada 4.7015 pada pukul 9 pagi, dan 4.7045 pada pukul 5 petang dengan kadar intrahari tinggi sebanyak 4.7075 dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit, seperti yang diterbitkan dalam laman sesawang BNM.

BNM memaklumkan bahawa ini kali kedua Google menerbitkan data kadar pertukaran US$/MYR yang tidak tepat tahun ini.

Bank Pusat telah menghantar surat peringatan tegas kepada Google semasa salah lapor pertama terjadi pada 6 Februari 2024. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,