ARTIKEL

Datuk Seri Nancy Shukri ketika mendengar taklimat operasi SAR mangsa dikhuatiri dibaham buaya di Kampung Sungai Rayu.

Kerajaan, pembangkang dalam proses bincang mekanisme pemberian peruntukan Ahli Parlimen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Kerajaan Perpaduan dan pihak pembangkang kini dalam proses membincangkan mekanisme pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen Pembangkang.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri, proses tersebut berjalan lancar dan pihak pembangkang menunggu diberikan tawaran serta draf MoU kerjasama berkenaan.

“Sebenarnya rundingan pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang sudah lama dibicangkan bersama. Cuma mekanismenya diperhalusi dan disebabkan itu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof diminta untuk berbincang dengan pihak terlibat.

“Sekarang pihak mereka menunggu diberikan tawaran. Jadi, saya rasa penyaluran peruntukan untuk mereka bukan menjadi masalah. Hanya tinggal pihak pembangkang perlu mematuhi perkara yang dikehendaki oleh Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat lokasi pencarian dan menyelamat (SAR) mangsa dikhuatiri dibaham buaya di Kampung Sungai Rayu hari ini.

Sementara itu, jelasnya perbincangan terperinci mekanisme perkara tersebut hanya melibatkan beberapa pihak termasuk Fadillah.

“Walaupun terdapat perbincangan umum dalam kabinet, namun hanya mereka yang terlibat secara langsung dalam rundingan itu yang mengetahui secara terperinci keseluruhan proses serta maklumat.

Baca lain  Waris pesakit bernama Ong Johny dicari

“Ini kerana rundingan itu melibatkan pertanyaan dan jawapan. Ia termasuk berapa dan apa yang akan disalurkan kepada mereka, bagaimana peruntukan itu digunakan kelak dan sebagainya,” jelasnya.

Pada Khamis, Fadillah dalam kenyataan memberitahu Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada dasarnya bersetuju mempertimbangkan pemberian peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Ahli Parlimen Petra Jaya yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu menegaskan draf MOU juga dipanjangkan kepada pihak terlibat untuk pertimbangan sebelum langkah seterusnya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU

Ekonomi karbon Sarawak

SARAWAK berpotensi mewujudkan tempat menyimpan karbon dari hutan kekal bagi menggalakkan penyerapan karbon dan menjalankan skim penanaman pokok untuk kredit karbon. Malah, pelaksanaan kredit karbon

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda