ARTIKEL

Dennis Ngau

Kerajaan perlu mudahkan rakyat mudah dapat bantuan ekonomi, terutama berkaitan sawit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak digesa menubuhkan pasukan petugas khas bagi meneliti pendekatan terbaik memastikan rakyat luar bandar mendapat akses kepada sebarang bantuan ekonomi yang disediakan Kerajaan Negeri dan Persekutuan terutama berkaitan penggunaan tanah untuk penanaman sawit.

ADUN Telang Usan Datuk Dennis Ngau berkata, ia bertujuaan agar rakyat luar bandar tidak tersisih daripada sebarang inisiatif baik kerajaan yang akan datang.

Baru-baru ini Kerajaan Persekutuan mengumumkan insentif penanaman semula kelapa sawit dengan bantuan yang ditawarkan khas kepada semua pekebun kecil di negara ini yang menjalankan aktiviti itu selama beberapa tahun dengan pokok kelapa sawit ditanam tua dan perlu diganti.

“Mekanismenya ialah Geran Padanan 50 peratus soft Loan (Agro Bank dua peratus) dan 50 peratus geran Percuma (Kerajaan)” dengan nilai bantuan RM18,000 sehektar untuk Sabah dan Sarawak.

“Keindahan inisiatif ini ialah bayaran untuk soft loan AgroBank hanya bermula pada bulan ke-49 iaitu tahun kelima selepas diluluskan”.

“Malangnya kebanyakan penduduk luar bandar kita yang berada dalam penanaman kelapa sawit pegangan kecil tidak dapat mengakses insentif ini kerana salah satu syaratnya ialah “permohonan ialah pemilikan tanah ” yang bergeran,” katanya.

Baca lain  Kerajaan disaran laksana persempadanan semula kawasan Parlimen di Sabah, Sarawak

Beliau berkata demikian dalam perbahasan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Sidang DUN Sarawak Ke-19, semalam.

Bagaimanapun, tegas ADUN Telang Usan itu, syarat tersebut menjadi penghalang utama kepada sebahagian besar penduduk luar bandar yang menanam kelapa sawit di tanah nenek moyang keluarga mereka tetapi belum diberi hak milik tanah.

Perkara ini merupakan kerugian besar bagi Sarawak kerana peruntukan RM100 juta untuk program bantuan ini.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU