ARTIKEL

Kerajaan Perpaduan mampu bina semula ekonomi Malaysia- Doris 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DORIS SOPHIA BRODI

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan diyakini mampu membina semula ekonomi negara, kata Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodi.

Menyokong kenyataan tersebut, beliau berkata GPS sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan juga memberi keutamaan dalam memastikan politik kembali stabil agar dapat memfokuskan kepada usaha memastikan kesejahteraan rakyat.

“Ini termasuk membolehkan kita memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi dan mengukuhkan keyakinan pelabur, membentuk kesaksamaan antara wilayah dari segi pembangunan, mensejahterakan rakyat dan seterusnya memelihara kebajikan rakyat.

“Justeru dengan terbentuknya Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kita akan dapat mewujudkan keadaan politik yang lebih stabil, demi membina semula ekonomi ke arah Malaysia yang lebih makmur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyokong usul undi percaya kepada Anwar pada Persidangan Dewan Rakyat di ibu negara, hari ini.

Andai terus bertelagah jelasnya, dibimbangi ekonomi akan terus merudum dan yang menjadi mangsa adalah rakyat dan negara.

“Lebih-lebih lagi kita dijangka berdepan cabaran ekonomi yang tidak menentu pada tahun hadapan,” ujarnya.

Doris terdahulu menegaskan, GPS dalam sokongan terhadap pembentukan Kerajaan Perpaduan menyerahkan sepenuh kepercayaan dan akur akan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berteraskan prinsip Rukun Negara dan mengikut kuasa yang ada pada baginda di bawah Perlembagaan Malaysia.

“Kita (GPS) melihat apa yang Al-Sultan Abdullah mahukan, iaitu kerajaan yang kuat serta stabil sebagai negara yang mengamalkan Raja Berperlembagaan yang harus ditaati.

“Idea penubuhan Kerajaan Perpaduan merupakan cerminan kebijaksanaan dan keprihatinan baginda demi memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat,” tambahnya.

 

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta