ARTIKEL

Kerajaan Perpaduan perlu diperkukuhkan – PM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Kerajaan Perpaduan terus diperkukuhkan supaya dapat menjalankan kerja dengan baik demi rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata semua pihak dalam gabungan yang membentuk kerajaan Persekutuan ketika ini harus menggunakan pengaruh dan kuasa yang ada untuk menjaga kepentingan rakyat.

“Kita ada Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari) yang baik (di Selangor), kita juga ada kerjasama yang baik dengan BN (Barisan Nasional) sekarang… jadi 29 (Julai) ini penamaan calon (Pilihan Raya Negeri), saya harap kita dapat perkuat Kerajaan Perpaduan.

“Ia kerana kita (Kerajaan Perpaduan) ada agenda untuk rakyat yang belum kita laksanakan,” kata beliau dalam ucapan ringkas sewaktu meluangkan masa menikmati makan tengah hari di Gerai Makan Sri Ayu di Taman Sri Gombak di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Anwar kemudiannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak seterusnya menyempurnakan pelancaran Program Makanan Percuma, satu inisiatif pengurusan masjid dalam membantu mereka yang memerlukan.  

Menikmati makan tengah hari di warung sambil beramah mesra dengan pengunjung sebelum menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran menjadi rutin mingguan Anwar sejak dilantik sebagai perdana menteri pada 24 Nov lepas. – BERNAMA
 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu