ARTIKEL

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim

Kerajaan Perpaduan tidak pernah pertahan pihak bersekongkol dengan rejim Zionis Israel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan tidak pernah mempertahan mana-mana pihak yang bersekongkol dengan rejim zionis Israel, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan bekas Menteri Kabinet, Khairy Jamaluddin, yang mendakwa penglibatan BlackRock, sebuah firma yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Israel, memiliki pegangan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

“Pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan kerajaan dalam isu keganasan Israel terhadap rakyat Palestin adalah jelas, dan kita adalah yang paling lantang dalam mempertahan serta membela nasib rakyat di Palestin.

“Justeru, menggelar Perdana Menteri sebagai rakan subahat zionis Israel dalam jenayah genosid adalah melampau dan biadap,” menurutnya dalam satu kenyataan semalam.

Muhammad Kamil berkata Khairy boleh mengkritik tetapi pada masa sama, beliau harus lebih bertanggungjawab, tidak hipokrit dan tidak terbawa-bawa dengan emosi dalam mengeluarkan kenyataan.

Beliau berkata MAHB melalui Khazanah Nasional Bhd sudah memberi penjelasan, iaitu rundingan telah diadakan dengan pihak Global Infrastructure Partners (GIP), sebuah konsortium yang mengumumkan tawaran bagi mengambil alih MAHB pada 15 Mei lepas.

“BlackRock hanya muncul pada tahun ini apabila berhasrat mengambil alih pegangan saham GIP.

“Dalam hal ini, Khazanah mahupun KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) tidak pernah berunding dengan mana-mana wakil daripada BlackRock.

“Khazanah dan KWSP tidak menjual MAHB kepada entiti asing, sebaliknya terus meningkatkan pegangan sahamnya hingga 70 peratus.

“Malah aset strategik ini juga akan terus dimiliki negara melalui ‘golden share’ oleh Kerajaan Malaysia,” katanya.

GIP merupakan pelabur infrastruktur terkemuka yang menguruskan aset bernilai AS$112 bilion bagi pihak pelaburnya yang merangkumi kira-kira 500 institusi pelaburan di seluruh dunia.

Ia juga memiliki kepakaran dalam pelaburan, pengurusan dan pengoperasian antara perniagaan infrastruktur terbesar serta paling rumit di dunia, termasuk beberapa lapangan terbang. – BERNAMA

BERITA LAIN

Kertas siasatan kes pembunuhan Nur Farah hampir siap

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah kini hampir siap dan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa

BERITA TERBARU