KUCHING: Kerajaan Persekutuan akan melantik ketua kaum dan mengubah semula sistem pelantikan yang sedia ada.
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah, kaedah pelantikan tersebut akan dibincangkan pada peringkat Kementerian dan akan bermula pada 1 Januari tahun hadapan.
Katanya, ekoran daripada surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Negeri pada tahun lepas yang melarang ketua kaum dan ahli jawatan kuasa dari menghadiri program anjuran Pakatan Harapan (PH).
Justeru itu, Sivarasa berkata, Kerajaan PH membuat keputusan untuk melantik ketua kaum sendiri dan akan membayar elaun ketua kaum tersebut.
Jelas beliau, kabinet memutuskan untuk mengubah semula pelantik Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri Kelantan, Terengganu, Sarawak, Perlis dan Pahang.
Sivarasa menambah, MPKK akan mengantikan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).
“Kerajaan Persekutuan pentadbiran PH bersetuju pelantikan ketua kaum dilantik di bawah Kerajaan Sarawak.
“Walaubagaimanapun, Kerajaan PH akan melantik ketua kaumnya sendiri yang disokong oleh rakyat,” katanya kepada pihak media ketika menghadiri majlis makan malam Mesyuarat Agung Tahunan (MATC) Parti Keadilan Rakyat di Hotel Imperial Ahad lalu.
Katanya, Kementerian berusaha untuk mengelak daripada berlakunya sebuah kampung mempunyai dua ketua kaum yang dilantik.