ARTIKEL

Fahmi (tengah) ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa di Pustaka Negeri Sarawak.

Kerajaan Persekutuan lancar WhatsApp Chatbot untuk sahkan kesahihan berita

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Persekutuan akan melancarkan WhatsApp Chatbot untuk mengesahkan kesahihan berita yang dikongsi menerusi aplikasi berkenaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kerajaan telah memutuskan untuk membawa usaha memerangi berita palsu ke dalam aplikasi tersebut memandangkan WhatsApp telah menjadi platform bgi orang ramai untuk berkongsi maklumat palsu.

Menurutnya, pengguna hanya perlu memajukan teks tersebut ke Chatbot dan ia akan membalas kepada pengguna dalam beberapa saat untuk mengesahkan maklumat yang diterima melalui aplikasi berkenaan.

“Kami kini sudah berada di fasa terakhir untuk melaksanakan WhatsApp Chatbot.

“Secara peribadi, saya telah menguji aplikasi itu dan ia sangat bagus. Ia juga dilengkapi dengan pelbagai bahasa untuk memudahkan orang ramai.

“Sekiranya tiada halangan, kita akan melancarkannya pada minggu hadapan. Jika tidak, kami akan melancarkannya sedikit kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 Bersama Siswa di Pustaka Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, Chatbot ini belum mempunyai sebarang nama rasmi setakat ini, sambil mendedahkan bahawa beliau telah meminta pembangun untuk membolehkan ciri yang mampu mengesahkan kesahihan video dan imej melalui aplikasi tersebut.

“Itu akan menjadi ciri yang akan datang. Buat masa ini, seperti yang saya uji, kami boleh mengesahkan sebarang teks maklumat atau berita palsu yang dikemukakan kepada kami, dan tentng keselamatan Chatbot, setakat ini, tiada isu mengenainya.

“Sementara menunggu pelancaran, saya berharap rakyat Malaysia sentiasa berhati-hati dengan apa jua maklumat yang dikongsi atau diterima.

“Jika anda tidak pasti dengan kandungannya, jangan dikongsi,” tegasnya.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), Datuk Abdullah Saidol, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hawana 2024, Nur-ul Afida Kamaludin, dan tetamu kehormat yang lain.

Fahmi (kiri) berswafoto bersama semua yang hadir pada Jelajah HAWANA 2024 Bersama Siswa di Pustaka Negeri Sarawak.

BERITA LAIN

Malaysia kekal pertahan hak Palestin – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Malaysia kekal mempertahankan hak rakyat Palestin. Beliau berkata pendirian itu turut dinyatakan

Kapit berpotensi pengeluar utama koko

KOTA SAMARAHAN: Bahagian Kapit mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai salah satu kawasan pengeluar utama koko di Sarawak. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam

Juruteknik mengaku tidak bersalah pukul isteri

PORT DICKSON: Seorang juruteknik yang rakaman video perbuatan dia memukul isterinya menjadi tular di media sosial bulan lepas, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari

BERITA TERBARU

Malaysia kekal pertahan hak Palestin – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian bahawa Malaysia kekal mempertahankan hak rakyat Palestin. Beliau berkata pendirian itu turut dinyatakan