ARTIKEL

Fadillah (tengah) ditemu bual media selepas Majlis Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Tebingan Kuching.

Kerajaan Persekutuan sedia geran, bantu ganti paip usang di setiap negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Persekutuan akan menyediakan geran kepada setiap negeri di Malaysia untuk membantu menyelesaikan masalah kebocoran paip serta penggantian sistem saluran paip air lama kepada baharu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, penggantian tersebut merupakan fokus kementeriannya bagi mengatasi masalah kebocoran paip yang menyebabkan kehilangan air tidak terhasil (NRW).

Oleh itu katanya, sekurang-kurangnya RM9 bilion diperlukan untuk menggantikan paip usang kepada paip yang baharu di seluruh negara.

“Oleh itu, salah satu fokus kita dalam transformasi air adalah bagaimana kita hendak menyelesaikan masalah kebocoran paip dan menggantikan paip lama di seluruh negara.

“Kaedah yang kita berikan secara geran kepada Kerajaan Negeri dan ada dibuat secara pinjaman.

“Ini bergantung kepada kadar kedudukan negeri dan sebagainya,” katanya ketika ditemu bual media selepas Majlis Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Tebingan Kuching di sini hari ini yang bertemakan ‘Air Untuk Keamanan’.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai permintaan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg agar Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan tambahan untuk menaik taraf keseluruhan sistem saluran paip air di Sarawak.

Fadillah berkata, projek penukaran paip di seluruh negara dilaksanakan secara berterusan dan kementeriannya akan membantu setiap negeri, bergantung kepada peruntukan yang diterima.

“Jumlah yang sebenar (peruntukan) adalah di bawah pembentangan bajet yang dibentangkan tahun ini dengan berapa jumlah yang kita terima.

“Tetapi setiap negeri akan mendapat peruntukan, sama ada secara geran ataupun pinjaman,” katanya.

Terdahulu, Abang Johari dalam ucapannya menyeru kepada Kerajaan Persekutuan untuk memberi peruntukan tambahan bagi menaik taraf sistem saluran paip air seluruh Sarawak.

Katanya, Kerajaan Sarawak telah membelanjakan RM294 juta tahun ini bagi menggantikan paip air dari Kuching hingga ke Sri Aman dan utara Sarawak.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri