ARTIKEL

Kerajaan promosi produk tempatan di luar negara secara kolektif, berstruktur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan berusaha untuk mempromosikan produk tempatan di pasaran antarabangsa secara kolektif dan berstruktur, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini kerana Malaysia mempunyai pelbagai produk tempatan, terutama yang dihasilkan usahawan muda yang berpotensi menembusi pasaran antarabangsa, namun ia perlu dipromosikan secara berterusan oleh kerajaan.

“Pada hemat saya galakan ini mesti berstruktur, bukan secara hangat hangat tahi ayam sahaja.

“Kita tahu dalam kalangan anak muda ini mempunyai kekangan dan (dengan) rangkaian antarabangsa KUSKOP (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan Mara (Majlis Amanah Rakyat) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, kita akan bantu mereka bersama Persatuan Francais Malaysia dan lain-lain badan bukan kerajaan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan MoodaFest 2024 di Rumah Tangsi di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata Mara, akan memilih produk berpotensi yang dihasilkan lebih 500,000 usahawan berdaftar di bawah agensi itu serta Kreatif Malaya, untuk dipasarkan di peringkat antarabangsa.

“Penghasilan produk ini juga akan dibantu bukan sahaja dari segi pembiayaan, tetapi juga dari segi mewujudkan pasaran antarabangsa,” katanya.– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Sarawak ngulit dua hari

KUCHING: Perintah Sarawak ngemendarka timpuh ngulit selampur nengeri pengelama dua hari, belabuh sehari tu enggau pagila. Nambah ke nya, tambai mega digitang tengan tiang aja