NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Kerajaan Sarawak adil tanpa mengira kaum dan agama

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SRI AMAN: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan terus memastikan kepimpinan kerajaan berlaku adil kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Sebagai Ketua Menteri, saya berlaku adil bukan sahaja membantu masyarakat Islam tetapi juga bukan Islam, disebabkan itu kita mempunyai Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (Unifor).

“Selain membangunkan masjid dan surau,  kita turut membantu orang bukan Islam membangunkan rumah ibadat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar Integriti Kepimpinan Masjid dan Surau Bahagian Sri Aman, hari ini.

Tambahnya, baru-baru ini beliau telah melawat Sungai Asap sekali gus meninjau keadaan Gereja Borneo Evangelical Mission (BEM) yang juga mendapat peruntukan sebanyak RM10 juta dari Kerajaan Sarawak untuk pembinaannya.

“Saya yakin dengan kepimpinan yang adil, masyarakat kita yang beragama Islam dan bukan Islam dapat hidup dalam keadaan yang tenteram tanpa perselisihan faham,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru