ARTIKEL

Zahid merakam kenangan bersama barisan kepimpinan PRS pada Majlis Makan Malam Amal Pra-Gawai 2024 semalam.

Kerajaan Sarawak angkat TVET jadi pilihan utama dalam kalangan anak muda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyokong usaha Kerajaan Sarawak untuk menjadikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama dalam kalangan anak muda.

“Sarawak merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai tujuh institusi TVET serta memperkenalkan pembelajaran teknologi seperti kenderaan elektrik (EV), robotik dan banyak lagi.

“Ini telah membuktikan bahawa Sarawak menjadikan TVET sebagai pilihan utama bagi anak muda untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal Pra-Gawai 2024 anjuran Parti Rakyat Sarawak (PRS) di Hotel Kingwood di sini, semalam.

Mengulas lanjut, katanya, kita perlu bergerak ke hadapan dalam pelbagai bidang teknologi dan menyokong TVET sebagai suatu aliran baharu dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Sebelum ini, TVET dilihat sebagai pilihan kedua atau ketiga terutamanya bagi mereka yang kurang cemerlang dalam bidang akademik.

Zahid yakin kemajuan ini adalah disebabkan oleh kepimpinan cemerlang Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Bukan itu sahaja, Sarawak juga mempunyai kestabilan politik, dan ini menjurus kepada banyak pembangunan dan kemajuan di sini.

“Saya tidak membandingkan Sarawak dengan negeri-negeri lain, tetapi jelas bahawa kestabilan politik ini telah menjadikannya terkenal,” jelasnya.

Tambahnya, Abang Johari bukan sahaja terkenal pada peringkat Asia malah antarabangsa, khususnya dengan pencapaian Sarawak dalam hidrogen.

Turut hadir pada majlis berkenaan Presiden PRS, Datuk Joseph Salang Gandum, dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

BERITA LAIN

Pastikan sistem keselamatan berfungsi baik

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Sarawak melancarkan Operasi Kuda Laut bermula semalam mengadakan operasi mengejut di beberapa premis di dalam dan

BERITA TERBARU