Kerajaan Sarawak belanja lebih kurang RM100 juta tanggung kos kuarantin wajib rakyatnya

KUCHING: Kerajaan Sarawak membelanjakan lebih kurang RM100 juta untuk menanggung kos kuarantin rakyatnya di hotel-hotel termasuk makan minum setakat ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia adalah usaha Kerajaan Sarawak mengekang penularan pandemik Covid-19 di negeri ini.

“Setiap rakyat Sarawak yang datang dari luar negara harus dikuarantin di pusat-pusat telah ditetapkan.

“Dalam mengutarakan rakyat kita tanggung kos kurantin mereka sebelum dapat bergaul kembali kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis simbolik penyerahan BKSS B40 Rayuan di sini hari ini.

Suara Sarawak