KUCHING: Kerajaan Sarawak berhasrat untuk membantu melanjutkan pengajian para wartawan di negeri ini bagi meningkatkan tahap profesionalisme mereka.
Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia kerana para wartawan perlu mempunyai latar belakang pendidikan bagi semua bidang khususnya sains, kewangan dan perbankan serta ekonomi.
“Dari sudut sains, wartawan perlu mempunyai latar belakang pendidikan ini, contohnya jika kita bercakap mengenai alga wartawan perlu tahu bagaimana ia mengeluarkan minyak Bahan Api Penerbangan Yang Mampan (SAF) dan sebagainya…kalau tidak laporan yang dibuat akan salah.
“Sama juga dari sudut ekonomi, kewangan, kami mahu wartawan mempunyai latar belakang kewangan korporat.
“Justeru, sekiranya mereka (wartawan) hendak melanjutkan pelajaran, saya akan membantu menerusi Yayasan Sarawak.
Dengan itu, standard kita betul dan cara laporan para wartawan juga betul,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Sambutan Hari Wartawan Nasional 2023 Sarawak di sini, hari ini.
Jelas Abang Johari, Sarawak juga mengambil langkah untuk mengadakan persidangan mengenai kewartawanan bagi meningkatkan profesionalisme dan laporan para wartawan di negeri ini.
Beliau menegaskan persidangan ini perlu kerana ‘laporan yang bertanggungjawab’ bergantung kepada tahap standard dan latar belakang wartawan.
Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.