Trending

Kerajaan Sarawak berhasrat tubuhkan entiti tunggal penguat kuasa pelabuhan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kerajaan Sarawak berhasrat untuk menubuhkan sebuah entiti tunggal bagi penguat kuasa pelabuhan bersesuaian dengan kandungan Perlembagaan Malaysia dan juga Perlembagaan Negeri.

Menurut Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas, pelabuhan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Oleh itu, Kerajaan Sarawak telah membuat pembentangan untuk menukar status Pelabuhan Bintulu yang kini di bawah Pelabuhan Persekutuan kepada Pelabuhan Negeri.

“Pembentangan tersebut telah dibincangkan pada Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MKMA63) Bil.1/2023 bertarikh 18 Julai 2023 mengenai pertukaran status tersebut, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mewakili Premier menghadiri Majlis Kesyukuran UNIFOR sempena 60 Tahun Sarawak Merdeka di Hotel Pullman, di sini, hari ini.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru