ARTIKEL

Abang Johari bercakap pada sidang media di balai ketibaan VIP, LTAK sebentar tadi. Turut kelihatan Uggah (duduk, kiri), Sim (berdiri, tiga kanan), Karim (berdiri, kanan), Fatimah (berdiri, dua kanan), Abu Bakar (duduk, kanan) serta yang lain.

Kerajaan Sarawak beri penghormatan penuh kepada Allahyarham Tun Taib

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan memberi penghormatan penuh negeri kepada Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai tokoh yang telah memberi khidmat bakti cemerlang dalam pembangunan Sarawak dan negara.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, allahyarham telah berkhidmat dari tahun 1963 sebagai menteri dalam kerajaan pertama hingga 1966 dan seterusnya berkhidmat di peringkat persekutuan di beberapa kementerian termasuk Kementerian Pertahanan, Kementerian Industri Utama, Kementerian Penyiaran serta Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Beliau telah berkhidmat di bawah tiga Perdana Menteri, iaitu Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Razak Hussein dan Allayarham Tun Hussein Onn,” katanya pada sidang media di balai ketibaan VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini.

Hadir sama Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Baca lain  Saya setuju tapi...

Abang Johari menambah, Allahyarham Tun Taib berkhidmat balik di Sarawak pada 1981 hingga 2014.

“Beliau telah berkhidmat dengan cemerlang untuk Sarawak dan mengasaskan Sarawak sebagai sebuah negeri moden di bawah dasar politik pembangunan beliau,” katanya.

Selain itu, Abang Johari berkata ketika menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Taib juga telah menjadi pembimbing kepada mantan Ketua Menteri, Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem termasuk beliau sendiri.

“Sepanjang hayat, beliau telah mengabdikan diri kepada Sarawak dan negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan sumbangan Allahyarham Tun Taib begitu luar biasa.

Menurutnya, khidmat beliau begitu besar terutama ketika menjadi Menteri Industri Utama, apabila menjadi individu yang menjurus kepada penubuhan Petronas.

Sementara itu, Abang Johari berkata berkesempatan menziarahi Allahyarham Tun Taib di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, semalam.

“Saya sempat melihat wajahnya, saya rasa begitu mendalam sekali,” katanya.

Abang Johari turut memaklumkan bahawa jenazah Tun Taib akan akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok untuk orang ramai memberi penghormatan terakhir mulai jam 8 hingga 12 tengah hari.

Baca lain  Tun Taib dalam keadaan baik

“Bangunan DUN adalah simbol kepercayaan Tun Taib kepada demokrasi, beliau yang membangunkan bangunan tersebut,” katanya.

Beliau berkata selepas itu, jenazah Tun Taib akan dibawa ke Masjid Demak berdekatan kediaman beliau untuk disolatkan sebelum disemadikan di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Kapal bantuan ke Gaza belayar 24 April ini

ISTANBUL: Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024” memulakan pelayaran pada 24

Teliti keperluan pinda perundangan mesra pelabur AI

KUCHING: Malaysia perlu segera mengadaptasi landskap ekonomi semasa untuk terus berkembang supaya sentiasa kompetitif di rantau ini dengan menarik pelaburan daripada syarikat sektor teknologi, kecerdasan

Nora Danish terpaksa tidur hotel

PELAKON, Nora Mohd Danish Hanif, 42, meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia dan keluarganya terpaksa menginap di hotel selama empat bulan. Katanya, dua individu

Akademi GMP nadi bola sepak di Betong

USAHA menyediakan barisan pemain pelapis berbakat perlu bermula di peringkat akar umbi. Langkah itu penting kerana ia menjadi penyumbang utama di peringkat teras kepada pembangunan