ARTIKEL

Abang Johari (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada Haslie (tiga kanan) semasa mengadakan lawatan muhibah kepada keluarga mendiang Joanna di Kampung Engkaroh, Serian sebentar tadi.

Kerajaan Sarawak daftar anak mendiang Joanna Felicia bawah tajaan Yayasan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Kerajaan Sarawak akan memasukkan nama kedua-dua anak mendiang Laskar Kanan Joanna Felicia Rohna di dalam daftar Yayasan Sarawak.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dengan itu, apabila anaknya masuk ke sekolah rendah, sekolah menengah hingga universiti, pelajaran mereka akan ditanggung oleh Yayasan Sarawak.

“Hari ini saya maklumkan kepada keluarga mereka khususnya bapanya bahawa kita akan mendaftar dalam data Yayasan Sarawak dan kita akan menerusi bapanya melihat perkembangan anak-anaknya daipada sudut pendidikan, kemudian kita akan terlibat hingga ke peringkat setinggi-tingginya.

“Mudahan anak-anaknya dapat belajar ke peringkat universiti, mungkin selepas itu masuk tentera, kerana saya rasa anaknya tentu mempunyai semangat wira juga kerana kedua-dua ibu bapanya bertugas dalam angkatan tentera (Tentera Laut Diraja Malaysia – TLDM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual semasa melawat keluarga mendiang Joanna di Kampung Engkaroh di sini sebentar tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki, Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah merangkap ADUN Kedup Datuk Martin Ben, ADUN Bukit Semuja John Ilus dan ADUN Tebedu Dr Simon Sinang Bada.

Baca lain  Hanifah: Pupuk potensi diri

Dua anak mendiang Joanna ialah Allesia Felice Haslie berusia empat tahun dan Hovannes Haslie berusia setahun.

Sempena lawatan itu, Abang Johari turut menyampaikan bantuan sebanyak RM10,000 kepada suami mendiang, Bintara Muda TMK Haslie Ali, 33.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak turut bersedih kerana kehilangan seorang anak Sarawak yang bertugas dalam TLDM.

Abang Johari berkata, beliau menerima berita mengenai kejadian yang turut mengorbankan Joanna ketika berada di Poland untuk menghadiri Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah dan Forum Dekarbonisasi Eropah Tengah.

“Saya bagi pihak Kerajaan Sarawak mengucapkan simpati kepada keluarga mendiang,” katanya.

Mendiang Joanna,26, adalah antara 10 pegawai dan anggota TLDM yang terkorban dalam tragedi melibatkan pertembungan dua buah helikopter milik TLDM di Pangkalan TLDM, di Lumut, Perak pada 23 April lalu.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan

BERITA TERBARU

TYT terima kunjungan hormat Shell Malaysia

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Shell Malaysia, di Astana Negeri Sarawak, hari ini. Kunjungan