ARTIKEL

Baru Bian turut membahaskan Usul Penghargaan kepada TYT Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang diusulkan oleh Premier Sarawak pada Persidangan DUN hari ini. | Foto: Mohd Alif Noni

Kerajaan Sarawak disaran guna pakai ‘Free, Prior and Informed Consent’ sebagai dasar wajib lindungi hak Orang Asal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Adun Ba’kelalan Baru Bian mencadangkan agar Kerajaan Sarawak menerima pakai hak ‘Free, Prior and Informed Consent’ (FPIC) sebagai dasar wajib di Sarawak selaras dengan piawaian dan keperluan antarabangsa untuk mengikuti proses yang ketat.

Menurutnya, sebagai permulaan, kerajaan boleh menubuhkan pasukan petugas yang terdiri daripada wakil pelbagai pihak berkepentingan seperti sektor kerajaan, sektor swasta, masyarakat dan sektor-sektor lain.

“Mereka boleh membina kapasiti dan mengadakan sesi untuk memaklumkan kepada sektor masing-masing tentang asas FPIC.

“Selain itu, reka bentuk dan modul FPIC harus digunakan sebagai garis panduan merentasi semua sektor,” katanya.

Baru berkata demikian ketika membahaskan Usul Penghargaan kepada TYT Almarhum Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang dikemukakan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

Jelasnya, FPIC dimasukkan ke dalam semua skim kemampanan atau pensijilan yang diiktiraf sebagai satu proses dan elemen penting bagi mendapatkan setem kelulusan.

Namun, tiada perincian yang betul dan templat yang diperkemas wujud bagi memastikan proses penting itu dijalankan.

Oleh sebab itu, jelasnya, terdapat kelemahan dalam penguatkuasaan atau pematuhan kepada FPIC kerana sebahagiannya kekurangan definisi dan proses yang jelas.

“Sebagai contoh, adakah perundingan penuh tentang FPIC hanya dengan ketua masyarakat sahaja yang dirujuk?

“Saya tidak fikir begitu kerana proses yang jelas hendaklah memastikan semua rakyat diberi hak untuk didengar dan dirujuk,” katanya lagi.

Menurut Baru, FPIC merupakan salah satu prinsip utama yang termaktub di dalam Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Orang Asal (UNDRIP) untuk memastikan perlindungan, kesejahteraan dan kemajuan orang asal atau etnik peribumi di seluruh dunia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU