ARTIKEL

Abang Johari (tengah), diiringi Wan Suraya serta tetamu kehormat lain, melawat reruai yang dibuka sempena Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 di BCCK, hari ini. - Foto: RAMIDI SUBARI

Kerajaan Sarawak hentikan peruntukan bagi syarikat berkaitan kerajaan, bermula dengan SEDC, BDA pada 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan menghentikan peruntukan kepada badan subsidiari atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dengan memulakan langkah itu ke atas Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) pada tahun 2027.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dengan itu, syarikat-syarikat terbabit perlu mencari peruntukan sendiri untuk beroperasi.

“Saya telah beri arahan, kerajaan tidak lagi memberi peruntukan kepada SEDC dan BDA bermula 2027.

“Ini bermakna mereka perlu mencari peruntukan sendiri seperti syarikat-syarikat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Persidangan Juruaudit Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) hari ini yang turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, dan Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Menurutnya, pemilihan SEDC dan BDA dibuat kerana kedua-dua syarikat itu memiliki potensi untuk menjana pendapatan sendiri.

“Misalnya, SEDC mempunyai metanol, mereka boleh menjana pendapatan dari itu.

“Jadi saya tidak perlu lagi memberi duit kepada mereka untuk beroperasi.

“Sama juga BDA yang mempunyai potensi pelaburan disebabkan Samalaju, mereka perlu mencari jalan tapi saya akan bimbing,” katanya.

Bagaimanapun, Abang Johari berkata langkah itu tidak melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kerana ia memberi perkhidmatan, bukan menjalankan perniagaan.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

BERITA TERBARU

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri