ARTIKEL

Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

Kerajaan Sarawak isytihar tempoh berkabung hari ini dan esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengistiharkan tempoh berkabung di seluruh negeri bermula hari ini serta esok dan bendera dinaikkan separuh tiang, sebagai penghormatan kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia, hari ini.

Menurut Kerajaan Sarawak menerusi satu kenyataan, hari ini, sebarang acara rasmi yang melibatkan hiburan hendaklah ditangguhkan.

“Masjid dan rumah ibadah adalah digalakkan mengadakan majlis doa bagi memperingati pemergian Tun Taib.

“Kerajaan Sarawak merakamkan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham Tun Pehin Sri,” katanya.

Taib disahkan meninggal dunia kira kira jam 4.40 pagi tadi.

Jenazah dijangka tiba petang ini dari Kuala Lumpur dan akan terus dibawa ke rumah beliau di Demak Jaya, Jalan Bako.

Jenazah akan akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok, dengan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir mulai jam 8 hingga 11.30 pagi.

Selepas itu jenazah akan dibawa ke Masjid Demak berdekatan kediaman beliau untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengkebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

BERITA LAIN

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

BERITA TERBARU