SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Kerajaan Sarawak komited bantu pengguna pelabuhan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Uggah bersama Majang dan Dr Muhammad pada pertemuan dengan pengguna Pelabuhan Samalaju.
Uggah bersama Majang dan Dr Muhammad pada pertemuan dengan pengguna Pelabuhan Samalaju.

BINTULU: Kerajaan negeri menerusi Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) optimis dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pengguna pelabuhan di negeri ini.

Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Datuk Amar Douglas Uggah berkata, MIPD bersama Unit Perancang Negeri (EPU), pihak berkuasa pelabuhan dan pengendali akan mengadakan mesyuarat di Kuching minggu ini mengenai perkara berkenaan.

“Dalam mesyuarat akan datang, kami berharap dapat menyelesaikannya yang merupakan isu jangka pendek dan pengurusan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika melawat Pelabuhan Samalaju dan kemudian bertemu wakil kanan tujuh syarikat besar yang beroperasi di zon perindustrian Samalaju yang menggunakan pelabuhan itu sebagai pintu keluar eksport mereka.

Tambah Uggah , beliau memberi jaminan bahawa ia adalah pendirian kerajaan negeri untuk menjadi pro pelabur.

“Kamu semua sangat penting bagi Sarawak. Walaupun anda menyediakan peluang pekerjaan, anda juga menyumbang dan meningkatkan pertumbuhan ekonominya khususnya sekarang dalam menyediakan Pelan Pembangunan Pasca Covid-19 ke arah 2030,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Uggah berkata bahawa Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga telah mendengar masalah yang dihadapi oleh pengguna ini.

Baca lain  Suspek curi bateri kenderaan diberkas dalam aksi kejar mengejar

“Beliau sangat prihatin dan mahu ia diselesaikan secepat mungkin,” ujarnya lagi.

Sementara itu, pada mesyuarat semalam, wakil-wakil kanan diberi peluang untuk menyuarakan keluhan dan kebimbangan mereka.

Uggah bersama Majang mendengar taklimat yang disampaikan pihak Pelabuhan Samalaju.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru