ARTIKEL

Julaihi menyampaikan jemputan kepada Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi di Astana Negeri Sarawak, semalam.

Kerajaan Sarawak lulus bina 231 unit rumah di Sebuyau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan projek perumahan yang dibina di sekitar Masjid al-Muflihin di Sebuyau.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) melaksanakan pembinaan projek perumahan melibatkan 231 unit rumah itu.

“Kerajaan Sarawak meluluskan untuk membina kawasan perumahan melibatkan 231 unit rumah di sekitar Masjid al-Muflihin.

“Rumah contoh telah siap dan LCDA mula membina fasa pertama pada bila-bila masa,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Astana Negeri Sarawak, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sebuyau itu menambah, pembinaan dan pembesaran Bandar Baharu Sebuyau juga kini dipergiat termasuk tapak pembinaan pasar baharu di Sebuyau yang dijangka bermula tidak lama lagi.

Kerajaan Sarawak meluluskan
peruntukan RM35 juta bagi projek penanaman semula kelapa di Sebuyau di bawah Agensi Pembangunan Samarahan Serantau Bersepadu (IRSDA).

“Kawasan Sebangan menuju Simunjan, kawasan yang sesuai untuk menanam semula kelapa. Kita telah mengenal pasti kawasan dan Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan RM35 juta baru-baru ini,” jelasnya.

Projek bakal bermula tahun ini
dilaksanakan oleh Jawatankuasa Agro Research Lab dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Dalam pada itu, kunjungan di Astana Negeri Sarawak juga bagi menyampaikan jemputan kepada Tun Dr Wan Junaidi serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menghadiri Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Daerah Sebuyau di Dewan Pembangunan Sebuyau pada Sabtu ini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dijadual
hadir.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU