ARTIKEL

Dr Sim Kui Hian (tengah) dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP), Tan Kai (kiri), mendengar taklimat Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Ir Dr Cassidy Morris.

Kerajaan Sarawak lulus projek bina jambatan kedua Batu Kawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING : Kerajaan Sarawak melalui Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) meluluskan projek pembinaan jambatan kedua di Batu Kawah.

Timbalan Premier, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, berkata projek pembinaan jambatan merentasi Sungai Sarawak dan jalan raya dengan jarak lebih daripada lima kilometer itu menelan kos RM160 juta.

Pelaksanaan projek yang akan disempurnakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) itu, katanya, akan melalui empat peringkat, iaitu pelantikan perunding, tinjauan geologi, pengambilan tanah dan bidaan atau tender awam.

“Mengikut perancangan JKR, laluan baharu itu bermula dari sambungan lampu isyarat Jalan Batu Kawa Matang di Moyan dan merentasi Sungai Sarawak, seterusnya ke persimpangan lampu isyarat di Jalan Tan Sri Wee Boon Ping dan Jalan Stephen Yong,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan projek itu merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan yang diluluskan oleh Premier, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan Batu Kawa.

Beliau berharap Ahli Parlimen Sarawak dapat memperjuangkan lebih banyak projek pembangunan secara adil bagi Sarawak kerana Kerajaan Persekutuan mengutip semua cukai jalan.

Justeru, katanya, pembinaan lebih banyak jalan perlu dilaksanakan bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang teruk di Sarawak.

“Cara terbaik untuk menangani isu yang timbul daripada pembangunan perumahan yang pesat, pertambahan penduduk, dan peningkatan trafik adalah dengan membina lebih banyak jalan alternatif,” katanya.

Beliau menyebut jalan penghubung sepanjang tiga kilometer dari lampu isyarat Jalan Stephen Yong melalui Segedup ke Matang juga akan dibina tidak lama lagi.

“Jalan-jalan baharu ini pastinya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya dan memendekkan masa pemanduan,” ujarnya.

Terdahulu, beliau mendengar taklimat daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Ir Dr Cassidy Morris, berhubung projek berkenaan.

BERITA LAIN

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari

BERITA TERBARU

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari