CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Kerajaan Sarawak perlu diberi lebih kuasa autonomi – Awang Tengah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Timbalan Premier  Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

KUCHING: Kerajaan Sarawak perlu diberi kuasa autonomi yang lebih agar dapat menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat dengan cara yang berkesan, kata Timbalan Premier  Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurutnya, pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) sebagai jabatan teknikal di bawah Arahan Perbendaharaan 182 adalah sangat wajar untuk dipuji.

“Dengan pengiktirafan berkenaan, Kerajaan Sarawak kini mempunyai kuasa untuk melaksanakan projek Persekutuan di Sabah dan Sarawak dengan had sehingga RM50 juta.

“Justeru itu, ini merupakan manifestasi jelas bahawa desentralisasi merupakan satu langkah yang tepat,” katanya semasa menyampaikan ucapan penggulungan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini hari ini.

Di samping itu, beliau turut berkata kementeriannya akan terus berusaha dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan lebih banyak projek persekutuan yang diluluskan untuk Sarawak dan juga dana untuk disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri.

“Apa yang paling penting bagi kepimpinan sekarang adalah bagi menunaikan janji yang telah dibuat oleh pengasas negara kita selepas merdeka.

Baca lain  Tiada lagi menunggu feri

“Justeru itu, kami akan meneruskan agenda ini mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, MA63, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), Perlembagaan Negeri Sarawak dan Undang-undang Negeri,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru