ARTIKEL

BERUCAP… Abang Johari ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam ini. (Tangkap layar)

Kerajaan Sarawak peruntuk RM200 juta percepat projek sekolah, klinik daif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM200 juta bagi mempercepat projek pembangunan melibatkan sekolah dan klinik daif khususnya di kawasan pedalaman negeri ini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, perkara tersebut susulan daripada kolaborasi antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak seperti yang dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mengadakan lawatan ke Kota Samarahan, Ramadan lalu.

Katanya, untuk mempercepat pembinaan sekolah dan klinik daif, Kerajaan Sarawak dibenarkan memulakan dahulu projek dengan menggunakan dana negeri sekali gus membuat tuntutan bayaran balik kepada Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Sarawak sudah bersedia dengan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk sekolah daif dan RM100 juta bagi klinik daif.

“Projek hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 18 bulan dan ia sudah pasti dapat mempercepar pembangunan di kawasan luar bandar,” katanya.

Untuk rekod, Abang Johari juga mendedahkan bahawa jumlah sekolah daif di Sarawak kini berkuranggan kepada kira-kira 200 buah sahaja dan perlu dibaik pulih pada kadar segera.

BERITA LAIN

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan