BINTULU: Kerajaan Sarawak merancang untuk meletakkan Sebauh di bawah bidang kuasa Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).
Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tempoh antara 2020 hingga 2030 menandakan gelombang kedua pembangunan bagi BDA dan kerajaan telah menggariskan beberapa rancangan untuk memperluaskan kawasan di bawah bidang kuasa BDA.
“Sekarangc kita berbincang untuk meletakkan kawasan Sebauh sebagai bahagian BDA. Kita berpandangan bahawa kawasan sekitar Bintulu penting.
“Penting agar pembangunan sejajar dengan permintaan era berteknologi tinggi dan mengamalkan prinsip ekonomi hijau, di mana persekitarannya mesti mempunyai karbon rendah,” katanya ketika merasmikan majlis makan malam sambutan ulang tahun ke- 45 penubuhan di Restoran Dinner World, di sini, malam tadi.
Abang Johari, yang juga Pengerusi BDA turut mengucapkan tahniah kepada kerana melancarkan pelan strategiknya selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca-Covid-19 (PCDS) 2030.
Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana struktur fizikal jambatan ikonik San Francisco, iaitu Jambatan Bintulu-Jepak, kini sudah siap.
“Ia pastinya akan menjadi mercu tanda ikonik bagi Bintulu dan ia akan menghubungkan Bintulu dengan kawasan yang dirancang dan dilaksanakan di Jepak Jaya.
“Perkembangan ini sudah pasti akan meningkatkan persekitaran keseluruhan Bintulu,” katanya.
