ARTIKEL

Kerajaan Sarawak salur RM128,000 kepada SK St Patrick Tangga, SK St Henry Selabi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SERIAN: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM128,000 masing-masing kepada dua buah sekolah mubaligh iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) St Patrick Tangga dan SK St Henry Selabi, baru-baru ini.

ADUN Bukit Semuja John Ilus berkata, sumbangan menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) bertujuan untuk kegunaan pembangunan di sekolah-sekolah terbabit.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada majlis sekali gus menyampaikan sendiri sumbangan terbabit kepada wakil-wakil lembaga pengurusan sekolah, hari ini.

Majlis turut disaksikan wakil-wakil sekolah yang terdiri daripada guru besar dan para guru sekolah itu sendiri.

Dalam ucapannya pada majlis, beliau turut menyampaikan beberapa perkara tentang perancangan, penggunaan, perbelanjaan serta tatacara pelaporan yang harus dilakukan terhadap dana yang telah diberikan.

Pada masa sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas keprihatinan beliau terhadap badan dan institusi keagamaan di negeri ini.

“Saya menyokong penuh hasrat Abang Johari yang ingin melihat tempat beribadat selain daripada Islam dibantu dan dinaik taraf seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

“Tiada istilah daif bagi tempat atau pusat ibadat di negeri ini untuk kesejahteraan semua. Ini adalah keunikan negeri Sarawak,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU