Kerajaan Sarawak sentiasa sokong badan amal

KUCHING: Kerajaan Sarawak sentiasa menyokong badan amal yang membantu rakyat di negeri ini, kata Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib.

Katanya, jumlah badan amal di Sarawak semakin meningkat dan perlu disokong. “Mereka ialah organisasi yang membantu masyarakat dan perlu mendapatkan sokongan daripada orang ramai.

“Saya berasa bangga bahawa menteri dan ahli politik menumpukan usaha membantu golongan kurang mampu dan badan amal yang membantu golongan memerlukan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap seterusnya menyempurnakan Majlis Makan Malam Konsert Amal Sarawak Hear di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. Tambahnya, ia merupakan cara untuk memperkasakan badan amal dan mengharapkan berjaya dalam memainkan peranan penting dalam kalangan masyarakat.

“Ini membantu meningkatkan generasi yang boleh berkhidmat dengan badan amal secara lebih teratur. “Seperti yang anda tahu, Kerajaan Sarawak memberikan sokongan yang konsisten kepada mereka yang berkhidmat dalam kerja amal,” ujarnya.

Menurut Taib, tanggungjawab untuk berkhidmat kepada masyarakat bukan hanya digalas oleh ahli politik sahaja tetapi ia adalah tanggungjawab semua anggota masyarakat. “Ini menunjukkan masyarakat yang baik dan kita perlu mengekalkan tujuan untuk berkhidmat dengan baik melalui pelbagai saluran,” katanya.

Turut hadir ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah, Naib Canselor Unimas Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Presiden Sarawak Hear Prof Dr Tang Ing Ping.

Suara Sarawak