ARTIKEL

Kerajaan Sarawak sokong pemupukan agama dalam kalangan masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Kerajaan Sarawak akan terus menyokong pemupukan pegangan agama, pendidikan serta penganjuran aktiviti yang sihat di negeri ini.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi keyakinan bahawa melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) serta dasar kerajaan ini, akan sentiasa menggalakkan kemajuan, kemakmuran dan keamanan kepada seluruh Malaysia dan rantau ini.

“Perayaan Krismas adalah tentang keamanan yang sepatutnya mengingatkan kita agar jangan leka, tetapi teruskanlah berusaha dalam memelihara, menjaga serta meningkatkan keamanan dan keharmonian dalam kalangan rakyat yang berbilang etnik, budaya dan agama.

“Kami menolak sekeras-kerasnya sebarang ungkapan ideologi ekstremis yang akan menjatuhkan orang lain yang ‘berbeza’ dengan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin sempena Majlis Perasmian Perarakan Krismas Bandaraya Miri 2023 di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata bahawa Kerajaan Sarawak kini sedang berusaha keras bagi memecahkan halangan ketidaksamaan antara rakyat.

“Kami akan terus membuat pelaburan dalam infrastruktur bagi mempercepatkan pembangunan ekonomi di seluruh negeri termasuk di kawasan pedalaman, di samping mengurangkan jurang ekonomi antara golongan kaya dan miskin,” katanya.

Pada majlis tersebut, Jawatankuasa Penganjur Perarakan Krismas Bandaraya Miri 2023 berjaya meraih sumbangan berjumlah RM135,000 iaitu RM50,000 daripada Abang Johari, dan daripada Kim Shin sebanyak RM20,000.

Penyerahan sumbangan bernilai RM5,000 kepada wakil Pusat Dialisis PBSM Miri.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU