BETONG: Sehingga September, Kerajaan Sarawak sudah membelanjakan RM25 juta subsidi air percuma di bawah pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) dari April.
Menteri Utiliti Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom berkata, ia memanfaatkan lebih kurang 600,000 isi rumah.
Ia melibatkan diskaun bayaran bil air penggunaan domestik (25 peratus), domestik/komersil (15 peratus), komersil (15 peratus) dan industri (10 peratus).
Kerajaan Sarawak terdahulu memperuntukan RM40 juta setahun untuk tujuan tersebut.