ARTIKEL

Kerajaan Sarawak teruskan diskaun bil elektrik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Abang Johari (empat kiri) bercakap dalam sidang media, selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Negeri di Dewan Sri Sarawak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

KUCHING: Pemberian diskaun untuk bil elektrik bulanan kepada pengguna domestik, komersial dan industri termasuk pengusaha kecil dan sederhana diteruskan dibawah Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 9.0.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pemberian diskaun bil utiliti elektrik itu akan diberi sebanyak 5 hingga 25 peratus untuk enam bulan pertama tahun ini.

“Usaha kita ini adalah dalam membantu rakyat dan komuniti perniagaan dalam mengharungi cabaran ekonomi pasca pandemik Covid-19 dan mengurangkan kenaikan kos sara hidup serta kos menjalankan perniagaan mereka.

“Ekonomi kita baru sahaja dibuka dan sedang berkembang, oleh itu Kerajaan Sarawak ingin membantu usahawan kecil dan sederhana, dengan memberikan diskaun elektrik sepanjang enam bulan pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Negeri di Dewan Sri Sarawak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Abang Johari menyatakan bahawa pemberian diskaun bil utiliti elektrik kepada rakyat Sarawak ini akan melibatkan kos berjumlah RM200 juta.

“Kerajaan Sarawak GPS akan meneruskan subsidi ini sehingga bulan Jun kelak,” katanya lagi.

Untuk rekod, kerajaan Sarawak telah mengumumkan pakej BKSS 9.0 pada Ogos tahun lepas, yang bernilai lebih RM1 bilion dan termasuk diskaun bil elektrik.

Hadir sama dalam sidang media tersebut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Menteri Kabinet Sarawak yang lain.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU