Trending

Kerajaan Sarawak usaha tangani isu masalah gaji pemain SU FC

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
BERCAKAP… Abdul Karim (kiri) menjawab soalan daripada pemberita. Turut kelihatan Hii Chang Kee (kanan).

KUCHING: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan akan meneliti isu tunggakan gaji yang menjadi ‘barah’ dalam kancah bola sepak pemain Sarawak United FC (SU FC) baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pihaknya akan berusaha untuk menyelasaikan masalah ini secepat mungkin.

“Kita tidak mahu mereka yang telah berjuang demi Sarawak terpingir dan saya tidak gembira langsung mendengar berita ini.

“Malah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sendiri tidak senang mendengarnya,” tegasnya pada sidang media Program Malaysia Rumah Keduaku Sarawak (S-MM2H) di Bangunan Baitulmakmur 2, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu beberapa pemain SU FC dilaporkan tidak menerima gaji selama empat bulan sehingga menyebabkan segelintir mereka diusir dari kediaman.

Abdul Karim menambah, isu tersebut turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Negeri semalam.

Kesal dengan perbuatan tersebut, Abdul Karim menegaskan beliau akan berjumpa dengan presiden pasukan tersebut, Datuk Posa Majais bersama-sama para pemain untuk melihat isu ini lebih mendalam.

“Secara peribadi, saya melihat pengurusan pasukan ini tidak bertanggungjawab.

“Kalau ada gaji yang perlu dibayar, ia mesti di bayar sama seperti kita bekerja di syarikat lain yang menunggu gaji pada hujung bulan. Sekiranya gaji tidak dibayar, ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati,” katanya.

Meksipun belum mendapat maklumat lengkap berhubung perkara itu, beliau memberi jaminan Kerajaan Sarawak akan berusaha menangani masalah berkenaan.

“Ini kerana, kita tidak mahu nama Sarawak tercemar dengan tindakan-tindakan seperti itu.

“Walaupun keadaan sukan bola sepak kita agak tercorot, namun mereka merupakan atlet yang sentiasa berjuang membawa nama Sarawak,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru