ARTIKEL

Kerajaan Sarawak utamakan penggantian paip berusia lebih 30 tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Menjadi keutamaan Kerajaan Sarawak untuk memastikan saluran paip berusia lebih 30 hingga 40 tahun untuk digantikan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Julaihi Narawi berkata, perbincangan sudah dibuat dengan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan beliau bersetuju bahawa perkara itu perlu diberi keutamaan.

Menurutnya lagi, penggantian paip lama ini penting sebagai satu jalan penyelesaian atau sekurang-kurangnya mengurangkan aduan dalam kalangan masyarakat.

“Hal ini kerana, paip lama ini sudah tidak kuat dan boleh pecah apabila semua injap paip dibuka disebabkan oleh tekanan air.

“Ini menjadi satu cabaran untuk kita. Justeru, beberapa paip di kawasan tertentu perlu digantikan.

“Penggantian paip ini perlu diberi perhatian kerana dapat mengurangkan bukan sahaja aduan rakyat, tetapi juga mengurangkan air tanpa hasil (NRW) pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan penutupan Bengkel Pelan Pelaksanaan Untuk Projek Bekalan Air di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh