ARTIKEL

Kerajaan sedia bantu Sarawak wujudkan ladang penternakan lembu 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LYDIA AMAN

KUCHING: Kerajaan Persekutuan bersedia membantu Sarawak dalam mewujudkan ladang penternakan lembu sendiri jika diperlukan pada masa akan datang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ia bukan penghalang untuk membantu Sarawak dalam sektor pertanian dan penternakan walaupun di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun katanya, dalam mewujudkan ladang ternakan, beberapa faktor yang perlu diberi perhatian termasuk baka lembu, pemakanan dan tapak yang sesuai untuk projek terbabit.

“Bagi mewujudkan ladang ini secara besar-besaran, kita bukan sahaja memerlukan teknologi tetapi juga kepakaran yang ada. Itu yang lebih utama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ibadah Korban di Masjid Darul Ibadah, Satok hari ini.

Jelas Menteri Perladangan dan Komoditi itu, kepakaran dan penggunaan teknologi terkini dalam sektor peternakan juga harus dikuasai terlebih dahulu supaya hasil ternakkan lebih banyak sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan kepada lembu import dari luar negara.

Ujarnya, perkara tersebut memerlukan pelaburan yang besar apabila perlu membawa teknologi dan kepakaran khasnya dalam aspek pemakanan, penjagaan dan baka yang diperlukan.

“Ini kerana kalau kita memiliki baka yang baik barulah ia dapat menghasilkan hasilan yang lebih baik,” jelasnya.

Terdahulu Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, Sarawak telah menyasarkan pengeluaran lembu sehingga 10,000 ekor menjelang tahun 2030.

Jumlah tersebut bagi mengurangkan kebergantungan untuk mengimport lembu-lembu dari Australia dan Sabah seperti yang dilakukan ketika ini.

BERITA LAIN

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Tawan Bung Muan pada Hari Sarawak

BAU: Tidak mensia-siakan cuti umum sempena sambutan Hari Sarawak ke-61 hari ini, kira-kira 500 penduduk dari sekitar daerah ini mengambil peluang mencabar diri ‘menawan’ puncak

Pendapatan isi rumah di Sarawak RM4,978

BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul