ARTIKEL

Kerajaan sentiasa dengar keluhan pekerja bantu bentuk masa depan M’sia – TPM Ahmad

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, setiap pekerja mempunyai peranan tersendiri dalam membangun dan memakmurkan negara ini. 

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut mengingatkan kepentingan memberikan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang dilakukan bagi memperoleh kejayaan. 

“Kita semua adalah pekerja. Setiap daripada kita mempunyai peranan tersendiri dalam membangun dan memakmurkan negara ini. 

“Walau apa jua sektor yang diceburi, sama ada di pejabat, kilang, ladang, perkhidmatan masyarakat atau di mana-mana sahaja, jika kita memberikan komitmen dan berusaha menjadi yang terbaik dalam bidang pekerjaan masing-masing, saya yakin negara ini terus bergerak maju menuju masa hadapan yang lebih cerah,” katanya. 

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata setiap tahun pada 1 Mei, Malaysia dan seluruh dunia akan meraikan Hari Pekerja dan sambutan ini bagi meraikan semangat, kerja keras, dedikasi dan sumbangan tidak ternilai oleh setiap pekerja di seluruh negara.

“Pekerja merupakan tiang utama kemajuan negara dan hari ini, kita menghargai segala usaha mereka yang telah membentuk masa depan Malaysia yang lebih baik,” kata Ahmad Zahid.

Sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan dengan tema ‘Pekerja Kesuma Bangsa’ berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Bernama

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)