ARTIKEL

APA KHABAR... Kedatangan Mawan disapa mesra penduduk Rumah George Chunggut.

Kerajaan sentiasa pastikan pembangunan dinikmati rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PAKAN: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan tidak ketinggalan dari sudut pembangunan, malah sentiasa melalui proses pembangunan yang jelas dan mampan.

Penasihat Premier di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah), Tan Sri William Mawan Ikom berkata, pembangunan ini merupakan aspek penting untuk rakyat di Pakan, khususnya penduduk rumah panjang.

Mawan menyampaikan amanat pada Majlis Kesyukuran Projek Atap Rumah Panjang yang diadakan di Rumah George Chunggut, Nansang Pakan.

“Saya berharap agar rakyat di Pakan tidak meminggirkan diri dan sentiasa merebut peluang pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Pembangunan yang mampan akan memberi manfaat kepada rakyat khasnya di rumah panjang dalam memperkasakan kehidupan seharian mereka.

NTUK MU… Tr George Chunggut (enam dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Mawan sebagai tanda berterima kasih kepada beliau.

“Malah bukan hanya pembangunan infrastruktur sahaja, tetapi pembangunan digital juga kita tekankan agar rakyat seiring dengan perkembangan semasa.

“Mereka yang tahu menggunakan kelebihan digital dalam pertanian, dapat memasarkan produk mereka menerusi pelbagai platform di media sosial,” kata Mawan.

Mawan merangkap ADUN Pakan berkata demikian pada Majlis Kesyukuran Projek Atap Rumah Panjang yang diadakan di Rumah George Chunggut, Nansang Pakan.

Tambahnya lagi, rakyat mesti bersyukur dengan projek yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan dan keselesaan rakyat.

Baca lain  Op Selamat Ke-19: Kemalangan maut meningkat di Sarawak

“Kita juga patut berterima kasih dan bersyukur diatas projek yang telah diberikan oleh pihak kerajaan.

“Sebab kerajaan tidak meminggirkan mana-mana rakyat di dalam aspek pembangunan malah, kerajaan sentiasa berusaha mendatangkan agenda pembangunan,” katanya.

Pada program berkenaan, Mawan turut menasihati Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Pakan agar tidak mengambil kesempatan dalam politik.

Katanya, menjadi seorang ketua kepada rakyat haruslah bersikap jujur dan sentiasa menggunakan saluran yang betul dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Seorang ketua haruslah bersikap rasional dan bijak dalam mentadbir sesebuah institusi lebih-lebih lagi di rumah panjang.

“Kita memang tahu bahawa setiap penduduk ada ragamnya tersendiri dan seorang ketua mesti bersikap adil dan bijak dalam membuat keputusan,” ujarnya.

Mawan juga turut menyeru kepada penduduk rumah panjang agar sentiasa memberikan sokongan kepada tuai rumah.

“Sokongan daripada rakyat kepada tuai rumah amat ditagih agar institusi rumah panjang dapat harmoni dan seterusnya agenda pembangunan yang dirancang tidak tergendala.

“Buang sifat dengki dan sentiasa berikan sokongan kepada tuai rumah selaku pemimpin di peringkat dasar,” katanya.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,