ARTIKEL

Kerajaan setuju beri CTR Deepavali untuk penjawat awam beragama Hindu di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberi cuti tanpa rekod (CTR) sempena perayaan Deepavali kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan menganut agama Hindu yang berkhidmat di Sarawak berkuat kuasa semalam.

Perkara berkenaan dinyatakan dalam surat edaran bertarikh 9 Nov 2023 ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Dr Zulkapli Mohamed yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

Menurut surat edaran itu, sekiranya perayaan Deepavali jatuh pada hari bekerja, pegawai boleh memohon CTR pada hari berkenaan manakala sekiranya Deepavali jatuh pada hari Ahad, pegawai boleh memohon CTR pada hari bekerja berikutnya.

“Sehubungan itu, mengambil kira hari Deepavali 2023 jatuh pada Ahad (12 Nov), maka pegawai yang menganut agama Hindu boleh memohon CTR pada Isnin (13 Nov) bagi menyambut Hari Deepavali,” menurut surat edaran itu.

Kerajaan mulai 2018 telah memperuntukkan CTR sempena perayaan Deepavali selama satu hari iaitu pada hari berikutnya (hari kedua) kepada pegawai perkhidmatan awam yang menganut agama Hindu sebagai tambahan kepada cuti umum hari Deepavali.

CTR itu tidak terpakai kepada negeri Sarawak memandangkan hari Deepavali bukan merupakan hari kelepasan am di negeri itu.

Kerajaan Sarawak telah bersetuju memberikan CTR sempena perayaan Deepavali kepada pegawai perkhidmatan awam Negeri Sarawak yang menganut agama Hindu melalui Pekeliling Perjawatan Negeri Sarawak Bilangan 26 Tahun 2023 bertarikh 9 Nov 2023.

CTR sempena perayaan Deepavali bagi pegawai perkhidmatan awam Persekutuan menganut agama Hindu yang berkhidmat di Sarawak yang berkuat kuasa mulai tarikh surat dikeluarkan turut dipanjangkan kepada semua ketua badan berkanun Persekutuan Sarawak.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju CTR sempena perayaan Deepavali pada 13 Nov (Isnin) akan dibawa ke 14 Nov (Selasa) bagi pegawai perkhidmatan awam menganut agama Hindu di negeri-negeri yang hari kelepasan mingguannya adalah Ahad.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Service Sarawak permudah urusan rakyat

BETONG: Sarawak mengwujudkan Service Sarawak untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan Service Sarawak berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana

BERITA TERBARU