ARTIKEL

Kerajaan stabil utamakan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Pelbagai usaha sudah dilakukan oleh Kerajaan Sarawak bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin, kata ADUN Daro Safiee Ahmad.

“Kita boleh lihat pembangunan sedang rancak dijalankan oleh Kerajaan Sarawak untuk kesejahteraan rakyat.

“Selain itu, kita juga mahukan sebuah kerajaan yang mementingkan rakyat dan inilah kerajaan yang stabil dan mengutamakan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri 2023 Kampung Badong di Dewan Bedu Sana, di sini. Safiee turut mengumumkan kelulusan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM150,000 untuk naik taraf Jalan Kampung Badong dan naik taraf kawasan rekreasi di Sungai Iran di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) yang bernilai RM5 juta.

Mengulas lanjut, RADDA ialah sebuah agensi baru dan antara salah satu usaha Premier Datuk Sarawak Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk membangunkan kawasan zon tengah atau Lembah Rejang termasuk Daro. 

“Projek naik taraf pusat rekreasi di Sungai Iran bernilai RM5 juta ini telah dimasukkan dalam senarai projek di bawah RADDA.

“Ini akan menjadikan pusat rekreasi dan tumpuan ramai untuk beriadah, sekali gus tarikan baharu kawasan ini.

Penduduk Kampung Badong dan sekitarnya juga boleh mengambil peluang ini untuk berniaga,” jelasnya.

Dalam masa sama, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Jawatankuasa Pengurusan Surau Darul Ihsan Kampung Badong dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Hijrah Badong. 

Selain kelulusan sumbangan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Badong dan Kawasan Rukun Tetangga Kampung Badong dengan nilai keseluruhan RM30,000.

Sehubungan itu, katanya, majlis ramah-tamah yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat menunjukkan nilai perpaduan yang baik antara masyarakat di kawasan ini.

“Semangat perpaduan seperti ini harus dipertahankan dan jangan sesekali membawa nilainilai negatif yang mengancam perpaduan masyarakat di sini”, tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu