Kerajaan S’wak disaran laksanakan semula PKP

BETONG: Rakyat semakin hari, semakin tidak menghiraukan prosedur operasi standard (SOP) meskipun diingatkan oleh pihak berwajib setiap hari.

Justeru ada badan bukan kerajaan tampil mengesyorkan kepada kerajaan agar mengetatkan kembali peraturan pergerakan, sama ada menguatkuasakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau tindakan sekatan pergerakan di semua tempat berisiko selama 14 hari.

Pengerusi Lembaga Amanah Khairat Islam Spaoh (Lakis) Dr Abang Ismail Abang Julhi berpendapat, PKP pertama duhulu amat berkesan dalam menurunkan bilangan kes sehingga angka berkurangan di bawah 10.

“Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini Sarawak menunjukkan peningkatan yang agak kritikal. “Maka, kami mencadangkan agar Sarawak dikenakan sekatan pergerakan selama 14 hari demi melandaikan keluk penularan dan saya fikir rakyat memahami situasi sekarang termasuk para peniaga.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 14 Apr 2021

Suara Sarawak