Trending

Kerajaan tambah baik perkhidmatan MASwings

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MUKAH: Kerajaan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan melaksanakan rasionalisasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) bagi menambah baik perkhidmatan udara yang disediakan oleh MASwings.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia salah satu usaha kerajaan bagi memastikan kemudahan itu dapat dinikmati oleh penduduk di kawasan luar bandar pada tahap yang terbaik.

“Rasionalisasi tersebut termasuk mengkaji semula objektif RAS, implikasi kewangan yang terlibat, laluan dan kekerapan penerbangan RAS.

“Ia juga termasuk kadar tambang yang dikenakan, pesawat yang diguna pakai dan mekanisme pemberian subsidi kepada pengguna perkhidmatan ini dari masa ke semasa,” katanya semasa berucap merasmikan Lapangan Terbang Baharu Mukah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, satu perjanjian baharu iaitu Public Service Obligation for RAS telah ditandatangani pada 4 Januari 2019 antara Kerajaan Malaysia dengan syarikat penerbangan MASwings bagi meneruskan penyediaan perkhidmatan RAS ini sehingga tahun 2024.

“Berdasarkan perjanjian ini, MASwings menyediakan perkhidmatan bagi 40 laluan mulai di Sarawak dan Sabah dengan menggunakan pesawat ATR72 dan Twin Otter Viking.

“Bagi laluan Mukah sendiri, MASwings menyediakan empat perkhidmatan penerbangan menggunakan pesawat twin otter iaitu laluan Kuching – Mukah, Miri – Mukah, Sibu – Mukah dan Bintulu – Mukah,” ujarnya.

Sementara mengenai lapangan terbang tersebut, Ismail berkata ia pasti akan merancakkan peluang ekonomi yang dapat memberi impak berganda dan berangkai kepada penduduk di Mukah serta keluarga Malaysia amnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru