ARTIKEL

Kerajaan teliti kewajaran tindakan indonesia haramkan penjualan barang di TikTok – Fahmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti terlebih dahulu tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia mengharamkan transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok sebelum merangka langkah yang bersesuaian di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. 

Fahmi berkata beliau sendiri pernah menerima aduan orang awam yang melahirkan kerisauan jika langkah yang sama diikuti oleh kerajaan, namun pada masa yang sama beberapa gedung besar turut membangkitkan isu berkaitan persaingan harga terhadap produk-produk yang dijual menerusi platfom itu.

“Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menggunakan platform TikTok Shop untuk menjual barang, jadi saya akan minta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan KKD untuk meneliti asas langkah yang dilakukan oleh kerajaan Indonesia untuk mengekang TikTok Shop.

“Saya rasa pihak TikTok perlu tampil memberikan penjelasan kerana salah satu aduan atau pun asas kenapa TikTok Shop dilarang di Indonesia ialah kerana isu penentuan harga predatori yang berlaku terhadap produk-produk, yang akhirnya memangsakan pengusaha tempatan di Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Gotong Royong Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau di Pantai Dalam, di sini hari ini.

– Bernama

LAIN-LAIN BERITA

2,338 menara telekomunikasi siap dibina

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,338 menara telekomunikasi baharu daripada 3,884 yang dirancang melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk menaik taraf jaringan jalur lebar di seluruh

67 peratus responden setuju PLKN diwujudkan semula

KUALA LUMPUR: Sebanyak 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24

Pencalonan Anugerah Sastera Negara kini dibuka

KUALA LUMPUR: Pencalonan bagi Anugerah Sastera Negara Ke-16, khusus untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan tertinggi bertaraf negara kepada tokoh sasterawan, kini dibuka mulai semalam hingga

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan